Kelas Asas Microsoft Excel - Membuat Jadual Waktu Siri II

24 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Januari 2020, telah berlangsungnya kelas membuat jadual waktu menggunakan Microsoft Excel Siri II bagi pelajar-pelajar sekolah rendah. Kelas ini telah disertai oleh 4 orang pelajar yang juga merupakan ahli pusat internet yang kerap berkunjung untuk menggunakan komputer. Kelas ini telah diadakan di bilik latihan Pusat Internet PPR Seri Semarak bermula jam 3.00 petang – 6.00 petang.

Aktiviti ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang asas-asas menggunakan Microsoft Excel. Di awal kelas, peserta ditayangkan dengan video tutorial membuat jadual daripada Youtube.com. Kemudian, petugas memberikan penerangan tentang penggunaan Microsoft Excel dan fungsi-fungsi yang terdapat dalam perisian Microsoft Excel kepada para peserta. Peserta diberikan tugasan untuk membuat jadual waktu masing-masing supaya mereka dapat mengaplikasikan ilmu yang dipelajari pada hari tersebut. Peserta juga diajar untuk menyimpan tugasan yang sudah dibuat ke dalam komputer dan diajar juga untuk mencetak tugasan masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali